Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Ibu bapa sumber kekuatanku’ – Mohd Afiq Yunus
  • TEMPATAN

‘Ibu bapa sumber kekuatanku’ – Mohd Afiq Yunus

Utusan Sarawak 2 years ago
TAHNIAH… Mohd Afiq Yunus, 21, merakam kenangan bersama kedua-dua ibu bapanya pada majlis Konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak, hari ini. 

KUCHING: Anak kelapan daripada sepuluh adik beradik telah membuktikan tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang meskipun berdepan dengan situasi yang sukar pada pandemik Covid-19.

Mohd Afiq Yunus, 21, berkata, hampir berputus asa meneruskan pengajiannya dalam diploma kejuruteraan elektrik dan elektronik menjadikan kedua ibu bapa sebagai sumber kekuatan pada dirinya.

“Saya hampir berputus asa. Mengalami tekanan perasaan ketika kita dilanda pandemik Covid-19.

“Lebih menyukarkan apabila jurusan yang diambil memerlukan tunjuk ajar secara fizikal yang melibatkan elektrik dan elektronik,”katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak.

Manakala Nurizat Arina Dawi, 21, jurusan Diploma Perakaunan yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik mahu memberi galakan kepada adik beradiknya yang lain untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik.

“Sebagai anak sulung dalam keluarga sudah pasti saya mahu ibu bapa bangga atas pencapaian akademik saya dan menjadi contoh terbaik untuk adik beradik yang lain.

“Merekalah (ibu bapa) sumber kekuatan saya.Terima kasih juga buat tenaga pengajar dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan semangat sehingga saya berjaya menempuhi perjalanan ini,” katanya.

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Nurul Qurratu Aini graduan cemerlang Diploma Pengajian Perniagaan
Next: Festival koktel tuak platform usahawan jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.