Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa, sekolah diminta serius bendung budaya buli
  • Utara
  • WILAYAH

Ibu bapa, sekolah diminta serius bendung budaya buli

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERARAKAN MAULUD…Hasbi bersama Dr Abdul Rahman Ismail mengetuai perarakan yang disertai seramai 6000 umat Islam di Limbang.

LIMBANG: Semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlu lebih cakna dan tegas dalam menangani isu buli agar budaya membuli dapat dihentikan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar, termasuk di daerah Limbang, perlu ditangani segera dan tidak boleh dipandang ringan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menegaskan, kes buli yang sehingga mengakibatkan kematian baru-baru ini harus dijadikan pengajaran dan tindakan wajar perlu diambil terhadap pelaku.

“Saya minta ibu bapa, sekolah dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil serius perbuatan buli dalam kalangan anak-anak kita.

“Jika berlaku di sekolah atau di mana sahaja, jangan lindungi atau sembunyikan. Laporkan kepada pihak polis atau guru. Saya tahu ada pelajar takut melapor kerana bimbang akan dipukul, tetapi ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang 1447 Hijrah, hari ini.

SEMANGAT MAULUD…kelihatan peserta kontijen mengenakan pakaian tradisi menyertai perarakan maulud Nabi Muhammad SAW di Limbang.  

Hasbi turut menegaskan bahawa mangsa buli perlu diberi perlindungan sewajarnya, manakala pembuli pula perlu diberi pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan yang boleh merosakkan masa depan.

“Golongan muda adalah harapan kepimpinan negara. Mereka perlu dibimbing, bukan ditindas,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya sempena sambutan Maulidur Rasul, Hasbi berkata bahawa pembangunan dalam Islam bukan hanya berkisar tentang kemajuan fizikal semata-mata, tetapi turut merangkumi pembangunan rohani dan akal.

“Islam menekankan konsep imarah dan tazkiyah, iaitu membangunkan dunia tanpa melupakan akhirat,” ujarnya.

Beliau turut menggesa umat Islam di Sarawak untuk menerajui pembangunan secara seimbang dan berteraskan nilai-nilai Ilahi.

Majlis perarakan tersebut menyaksikan penyertaan kira-kira 6,000 peserta daripada 78 kontinjen, membabitkan sekolah rendah dan menengah, kampung, surau, masjid serta pelbagai persatuan tempatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan-Perayaan Islam Daerah yang juga Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kawasan operasi SAR dua beranak diperluaskan 77.54 batu nautika persegi
Next: Maulidur Rasul di Lawas, budaya ‘hidup sekampung’ terus diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.