Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu bapa rayu bantuan kesan anak perempuan hilang hampir tiga bulan
  • TEMPATAN

Ibu bapa rayu bantuan kesan anak perempuan hilang hampir tiga bulan

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAYU SUPAYA ANAK KEMBALI….Kho (kiri) bersama isterinya, Voon (kanan) dan Milton Foo (tengah) pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini.

KUCHING: Sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anak perempuan mereka yang berusia 29 tahun selepas terputus hubungan dengannya sejak Mei lalu, sekali gus menjadikan kehilangannya berlarutan hampir tiga bulan.

Kho, seorang penjaja makanan, bersama isterinya, Voon, berkata anak tunggal mereka, Alicia Kho Sing Hui, merupakan ibu tunggal kepada dua anak, iaitu seorang anak lelaki berusia enam tahun dan seorang anak perempuan berusia lapan tahun, yang kini berada dalam jagaan mereka.

“Saya masih berhubung dengan Alicia antara 10 hingga 15 April. Dalam tempoh itu, dia memaklumkan kepada saya bahawa dia berada di Hong Kong sebelum memberitahu bahawa dia bekerja di sana,” kata Voon pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, hari ini.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo.

Voon menambah, komunikasi antara mereka terputus sejak 17 Mei apabila Voon tidak lagi dapat menghubungi anaknya.

Selepas beberapa kali gagal menghubungi Alicia, pasangan itu membuat laporan polis pada 5 Julai sebelum mendapatkan bantuan Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo.

Foo menasihatkan keluarga itu supaya mendapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Negeri Malaysia bagi mengesan Alicia yang dipercayai berada di Hong Kong.

Beliau turut mengiringi pasangan itu membuat laporan di Konsulat China di sini.

Menurut Kho, pegawai konsulat meminta sijil kelahiran dan pasport Alicia bagi memudahkan usaha mengesannya.

Beliau berkata kepada media bahawa Alicia kebanyakannya menghabiskan masa di dalam biliknya dan tidak mempunyai pekerjaan.

Menurutnya, Alicia sering bermain permainan dalam talian dan dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki yang berasal dari China.

Pasangan itu berkata, mereka tidak mengetahui tarikh Alicia meninggalkan negara ini.

“Selepas Alicia meninggalkan rumah, kami menemui beberapa dokumen di dalam biliknya yang menunjukkan dia pernah memohon visa ke China. Kami turut menemukan dokumen milik seorang lelaki, termasuk sekeping gambar lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Foo berkata ibu bapa Alicia amat bimbang kerana mereka tidak mengetahui keadaan keselamatan anak mereka. Beliau merayu agar Alicia segera menghubungi keluarganya bagi memaklumkan keadaan dirinya.

Beliau turut menggesa Konsulat China serta pihak berkuasa berkaitan supaya membantu mengesan keberadaan Alicia dengan segera.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Lupar 1 pemacu pembangunan pesisir Sarawak
Next: Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga hadapi PRN-13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.