Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak
  • WILAYAH

Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin semasa berucap merasmikan penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan KEMAS Saratok 2025 bertempat di Dewan Taman Seroja Indah dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

SARATOK: Ibu bapa harus memantau anak-anak terutama murid sekolah supaya tidak leka dengan gajet sehingga lupa dengan tangunggjawab dalam pelajaran mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata anak-anak yang leka bermain gajet seperti Whatsapp, Facebook, TikTok, permainan video dan seumpamanya selama 24 jam akan mengurangkan masa mereka untuk menelaah pelajaran.

“Pada zaman ini, murid terlalu ketagih dengan aplikasi telefon pintar sehingga ada yang tidak mengulang kaji pelajaran. Teknologi terutamanya penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak perlu dipantau agar tidak terpengaruh dan obses dengan permainan atas talian. 

“Sebaliknya, teknologi dalam talian tersebut sepatutnya ke arah pembelajaran bagi menambah ilmu selain daripada pembelajaran di dalam kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin pada Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Saratok 2025 bertempat di Dewan Taman Seroja Indah dekat sini semalam.

Antara pengisian menarik program tersebut adalah ceramah pemakanan sihat, ceramah berkaitan keselamatan keluarga dan anak dan ceramah berkaitan kesedaran ibu bapa terhadap penggunaan gajet oleh kanak-kanak.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KEMAS di atas penganjuran program yang cukup bermakna ini. Program seperti ini boleh memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa atau penjaga dalam bidang pendidikan anak-anak.

“Ia mampu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak.

“Serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga mengenai kepentingan perkembangan kanak-kanak berumur satu hari hingga enam tahun serta pendedahan berkenaan isu-isu semasa negara dan memberi kesedaran dan ilmu kepada ibu bapa tentang cabaran mendidik anak generasi digital,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Niti Daun Gawai Dayak satukan komuniti pelbagai kaum
Next: Larian Amal SOPMA Baton Bintulu 2025 rai golongan berkeperluan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.