Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa main peranan bentuk pemimpin masa depan
  • Utara
  • WILAYAH

Ibu bapa main peranan bentuk pemimpin masa depan

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas yang berjaya dalam Pertandingan pelbagai kategori sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Peringkat Zon 5, 2025. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Kanak-kanak hari ini merupakan pemimpin masa depan, justeru amat penting bagi ibu bapa untuk memberi mereka ruang dan peluang yang secukupnya bagi berkembang dari segi emosi, sosial, fizikal, dan intelek, kata Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Marudi, Fazzwan Yunus.

Jelasnya, melalui pelbagai aktiviti seperti bercerita, sukaneka, pakaian beragam dan lain-lain, anak-anak tersebut belajar untuk berani ke hadapan, bekerjasama, berdisiplin, dan berdikari.

“Program seperti ini juga seiring dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk generasi Malaysia MADANI yang berilmu, beretika, dan berdaya saing,” katanya yang mewakili Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang pada majlis penutupan rasmi program Pertandingan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Peringkat Zon 5 2025 di Restoran Chan di sini semalam.

Katanya, program ini adalah membuktikan bahawa usaha dan semangat guru-guru Kemas, ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Tambah beliau, penyertaan kanak-kanak bukan sahaja mewakili mereka sendiri tetapi juga keluarga, sekolah dan komuniti.

Beliau menegaskan perjalanan ke peringkat seterusnya adalah peluang untuk menunjukkan kebolehan dan potensi sebenar.

“Jangan berhenti di sini, teruskan usaha, kekalkan semangat dan tunjukkan bahawa anda adalah juara sejati,” katanya.

Tambahnya keberanian untuk menyertai dan bertanding sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa anda adalah pemenang dan bintang-bintang kecil yang bersinar terang, membawa harapan dan impian.

Sehubungan itu bagi peserta yang telah berjaya bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan mewakili zon utara bagi ke pertandingan seterusnya ke peringkat negeri di Kuching pada bulan depan.

Pada program tersebut, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Bintulu diumumkan juara keseluruhan pada Pertandingan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Peringkat Zon 5 2025 dengan tema Program Alpha Gen Talents @Kemas.

Jabatan Kemas yang terlibat ialah Kemas Parlimen Baram sebagai Tuan Rumah, Kemas Parlimen Hulu Rajang, Kemas Parlimen Bintulu, Kemas Parlimen Miri, Kemas Parlimen Sibuti, Kemas Parlimen Limbang dan Kemas Parlimen Lawas.

Sebanyak sembilan acara dipertandingkan melibatkan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun bagi kategori kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah pertandingan Ikon Bitara Ilmu, Dunia Pentomin Cilik (Taska), Dunia Pentomin Cilik (Tabika), Choral Speaking, Sayembara Pendeklamator Cilik (lelaki), Sayembara Pendeklamator Cilik (perempuan) Huffaz Cilik (5 tahun), dan Nasyid.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif Budi Madani RON95 terima sambutan positif di Bintulu
Next: Latihan kebakaran perkukuh keselamatan tempat kerja PMG Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.