Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu bapa disaran lindungi anak daripada cuaca panas, JKM digerakkan bantu rakyat
  • TEMPATAN

Ibu bapa disaran lindungi anak daripada cuaca panas, JKM digerakkan bantu rakyat

Utusan Sarawak 11 hours ago
SIMBOLIK Serahan cek replika RM30,000 (Zakat) daripada Pengurusan Bank Rakyat Cawangan Matang Jaya kepada Dato’ Sri Nancy Shukri pada Majlis Riang Ria Syawal anjuran Bank Rakyat di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. Foto Masrin Affirah

PETRA JAYA: Ibu bapa disaran memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak daripada risiko cuaca panas yang melanda ketika ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, langkah pencegahan perlu diambil termasuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah terlalu lama kepada cuaca panas serta sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Pihak kerajaan sentiasa mengingatkan orang ramai, termasuk melalui Kementerian Pendidikan (KPM) yang membenarkan pelajar memakai pakaian sukan ke sekolah serta menggalakkan mereka membawa bekalan air mencukupi.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak tidak terdedah kepada cuaca panas dan sentiasa memantau keadaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Riang Ria Syawal anjuran Bank Rakyat di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

SIMBOLIK perasmian Majlis Riang Ria Syawal anjuran Bank Rakyat di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. Foto Masrin Affirah

Tambah beliau, kanak-kanak yang berada di pusat jagaan seperti taska perlu diberi perhatian khusus dengan mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca panas.

“Ibu bapa dan penjaga perlu peka kerana jika anak jatuh sakit, ia akan menjadi cabaran kepada keluarga,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, katanya, kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menggerakkan usaha bagi membantu rakyat menghadapi situasi tersebut.

“Seperti ketika banjir, kita juga menggerakkan jentera ketika cuaca panas dengan melibatkan seramai 4,785 kakitangan di seluruh negara.

“Kita juga menyediakan kaunselor dan pegawai psikologi bagi membantu mereka yang berdepan tekanan atau masalah akibat keadaan cuaca ini,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan laporan lanjut berhubung kes kematian seorang pelajar Sarawak di Perlis sebelum sebarang maklumat dikongsikan.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata kementeriannya meneruskan kerjasama dengan Bank Rakyat dalam menyalurkan bantuan zakat kepada golongan memerlukan setiap kali Ramadan.

“Sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), menjadikan jumlah keseluruhan RM30,000 untuk tiga DUN di bawah kawasan beliau.

“Inisiatif tersebut merupakan amalan berterusan bagi membantu meringankan beban golongan miskin serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan institusi kewangan dalam aspek kebajikan masyarakat,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dock Lane tampil karya baharu berunsur sejarah, DBKU kini miliki 17 mural 
Next: TPM Fadillah luang masa ziarah jurufoto Bernama Razali Nordin di HUS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.