Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa dinasihat pantau gajet anak, elak pengaruh negatif
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibu bapa dinasihat pantau gajet anak, elak pengaruh negatif

Utusan Sarawak 21 hours ago
DAYANG Noorazah pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska Kemas Parlimen P.201 Batang Lupar 2025 di Dewan Serbaguna, Daerah Kecil Maludam, dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Ibu bapa dinasihatkan untuk lebih proaktif dalam memantau penggunaan gajet anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada pengaruh negatif, termasuk penipuan dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, pendidikan awal harus bermula dari rumah dengan penekanan kepada pemantauan aktiviti seharian anak-anak, khususnya dalam penggunaan teknologi.

“Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan cakna terhadap propaganda penipuan dalam talian amat penting. Segala pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai perlu dikawal sejak kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska Kemas Parlimen P.201 Batang Lupar 2025 di Dewan Serbaguna, Daerah Kecil Maludam, di sini semalam.

Dayang Noorazah menegaskan, kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak bukan sahaja tertumpu kepada aspek akademik, tetapi juga merangkumi didikan moral serta pengawasan terhadap unsur negatif termasuk penyalahgunaan dadah.

“Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kesejahteraan anak-anak, termasuk menyediakan makanan sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk menyokong perkembangan fizikal dan mental mereka,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan tentang pentingnya keprihatinan terhadap anak-anak istimewa seperti autisme agar mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan masyarakat.

“Komitmen kita bersama ialah memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang selamat, positif dan seimbang, sekali gus membentuk generasi masa depan yang sihat dan berkualiti,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa ibu bapa agar sentiasa peka terhadap ancaman penagihan dadah dalam kalangan remaja dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras gejala sosial.

Program bengkel tersebut menampilkan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti ceramah kesihatan, keselamatan keluarga, serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Daerah Simunjan Maimunah Latif, Penolong Pegawai Penguasa Daerah Kecil Maludam Noraini Aden dan Penghulu Mahli Semail.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jalan baharu Nanga Pakoh–Ulu Bunau jadi pemangkin pembangunan DUN Tamin
Next: DBKU, PDRM Sarawak perkukuh kerjasama tingkat keselamatan bandar raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.