Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ibu bapa digalak beri sokongan berterusan kepada pendidikan anak
  • PENDIDIKAN

Ibu bapa digalak beri sokongan berterusan kepada pendidikan anak

Utusan Sarawak 3 hours ago
UCAPAN… Datuk Majang Renggi berucap pada majlis penutupan Ceramah Keibubapaan sempena Mesyuarat Agung PIBG Ke-29 SMK Kidurong di Dewan Suarah Bintulu.

BINTULU: Ibu bapa digalakkan memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong pendidikan anak-anak bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan akademik serta membentuk sahsiah yang baik.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi berkata, asas pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dan ibu bapa merupakan individu pertama yang membimbing anak-anak dalam kehidupan.

Menurutnya, nilai seperti disiplin, hormat-menghormati dan tanggungjawab perlu diterapkan sejak awal melalui didikan serta contoh yang baik daripada ibu bapa.

“Jika kita mahu anak-anak berada di hadapan, ibu bapa juga perlu berada di belakang mereka sebagai penyokong utama dan penyokong paling kuat,” katanya.

KEHADIRAN… Para ibu bapa dan penjaga yang hadir pada majlis penutupan Ceramah Keibubapaan sempena Mesyuarat Agung PIBG Ke-29 SMK Kidurong di Dewan Suarah Bintulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Ceramah Keibubapaan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-29 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.  

Menurutnya, ibu bapa juga perlu memantau penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak agar mereka menggunakan internet serta peranti digital secara bijak dan berhemah.

“Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menggunakan internet dan peranti digital dengan bijak, mengelakkan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai serta menetapkan had masa penggunaan teknologi,” jelasnya.  

Majang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju berkata, kerjasama erat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni juga penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman.

Katanya, sokongan daripada pihak korporat turut memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kemudahan serta pencapaian sekolah melalui pelbagai bentuk sumbangan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan anak-anak Sarawak mendapat peluang pendidikan yang terbaik kerana pembangunan modal insan merupakan asas kepada kemajuan negeri,” ujarnya.  

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ASSAR hargai Pelabur Akaun Pendidikan melalui insentif kecemerlangan pelajaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.