Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa berperanan penting tentukan kehidupan anak-anak
  • Selatan
  • WILAYAH

Ibu bapa berperanan penting tentukan kehidupan anak-anak

Utusan Sarawak 7 months ago
UNTUK ALBUM… Datuk Francis Harden Hollis dan hadirin bergambar kenangan selepas tamat Majlis Perasmian Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak anjuran JKMB SMK Sri Aman, semalam.

SIMANGGANG: Ibu bapa berperanan penting dalam menentukan perjalanan kehidupan anak-anak bermula daripada zaman kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman (JKMB) di Dewan Hollis Tini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, semalam.

Menurut beliau, ibu bapa memikul tanggungjawab penting dalam mengasuh dan membentuk anak-anak bermula daripada alam prasekolah sehinggalah mereka beralih ke alam sekolah arus perdana.

RASMI… Datuk Francis Harden Hollis menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak anjuran JKMB SMK Sri Aman, semalam.

“Dalam proses ini, kanak-kanak akan mempelajari apa yang dilihat dan dibuat dengan situasi ini nanti banyak mempengaruhi perjalanan kehidupan mereka sehingga menjadi orang dewasa kelak.

“Justeru, untuk memastikan kanak-kanak berjaya mengharungi alam awal kehidupan mereka, maka perhatian, bimbingan dan tunjuk ajar yang sempurna haruslah diberi oleh ibu bapa agar mereka boleh menjadi modal insan berkualiti nanti,” katanya.

Beliau juga mahu ibu bapa menjauhi anak-anak daripada pengaruh rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam masalah sosial kerana ia boleh mempengaruhi minda mereka di samping memelihara keharmonian institusi kekeluargaan.

Terdahulu, seramai 250 pelajar dan ibu bapa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, SMK Saint Luke, SMK Simanggang, SMK Lingga dan SMK Melugu hadir pada program itu dengan setiap sekolah menerima placard nombor Talian Kasih melalui wakil masing-masing.

Turut diselitkan dalam program itu adalah ceramah serta pameran oleh Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman serta pembukaan kaunter perkhidmatan Pasukan Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak JKMB Sri Aman.

Turut hadir, wakil Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Ramon Addy Ambrose@Mroon, Pegawai JKMB Sri Aman, Sharifah Mordiah Syed Ali, Pegawai AADK Daerah Sri Aman, Gabriel Lores, Pengerusi Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Bahagian Sri Aman, Hadi Aiee, wakil Pengetua SMK Sri Aman, Collin Robert Lanuk dan wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, Inspektor Mohd Effei.

Program ini memfokuskan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dan orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 jika ingin melaporkan berlaku kes penderaan golongan itu di kawasan masing-masing bagi tindakan lanjut.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai digesa sokong jualan pelekat Hari Tongkat Putih
Next: Kereta terperangkap dalam laluan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.