Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ibu Allahyarham Nurly Sahirah rayu ziarah kubur dengan adab, elak khurafat
  • SEMASA

Ibu Allahyarham Nurly Sahirah rayu ziarah kubur dengan adab, elak khurafat

Utusan Sarawak 8 hours ago
IBU Allahyarham Nurly Sahirah Azman, Kamariah Abdul Latif dalam usaha menghalang perkara itu, keluarganya kini terpaksa memasang tali penghadang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang. Foto Bernama

JERTIH: Ibu kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.

Kamariah Abdul Latif, 60, berkata dalam usaha menghalang perkara itu, keluarganya kini terpaksa memasang tali penghadang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini.

“Kami letak tali itu sebab ada yang datang ambil tanah dan cium batu nisan. Saya nasihatkan orang ramai yang datang jagalah adab ketika berada di kubur dan elakkan perbuatan syirik dan khurafat,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini hari ini.

ORANG ramai diingatkan supaya tidak mengangkat dan mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Sahirah. Foto Bernama

Kamariah berkata selain itu, pihak keluarga juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengangkat dan mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Sahirah yang diletakkan di pekarangan rumah bagi mengelakkan daripada koyak dan sebagainya.

“Saya jaga supaya tidak ada yang datang membelek helaiannya, selain ada sebahagian orang pula datang serta cium al-Quran ini, jadi saya bimbang tulisannya terjejas dan tanggal. Ini sahaja kenangan yang saya ada,” katanya.

Tinjauan Bernama hari ini di Kampung Gong Pasir, Kerandang mendapati orang ramai termasuk dari Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Kelantan tidak putus-putus menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah meskipun setelah hampir tiga minggu nahas ngeri berkenaan berlaku.

Allahyarham Nurly Sahirah antara 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan berkenaan apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik, manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

–Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah luang masa bersama rakan lama
Next: Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.