Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban perkukuh silaturahim, semarak semangat gotong-royong di Saribas
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibadah korban perkukuh silaturahim, semarak semangat gotong-royong di Saribas

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban di Kampung Serabang, semalam. Foto Abgsem Saribas

SARIBAS: Ibadah korban bukan sahaja menyemarakkan amalan bersedekah dan menunaikan tuntutan agama Islam, malah menjadi medium penting dalam memupuk semangat gotong-royong serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pelaksanaan ibadah korban mampu menyatukan penduduk setempat menerusi kerjasama yang terjalin sepanjang proses penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban kepada penerima.

Menurut beliau, semangat kerjasama yang ditunjukkan masyarakat Islam dalam menjayakan ibadah tersebut secara tidak langsung mengeratkan hubungan persaudaraan serta memperkukuh perpaduan komuniti.

“Kerjasama masyarakat Islam dalam membantu memudahkan ibadah korban secara tidak langsung mengukuhkan silaturahim sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban di Kampung Serabang, di sini, semalam.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban di Kampung Serabang, semalam. Foto Abgsem Saribas

Program anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Saribas itu melibatkan agihan sebanyak lapan haiwan korban bagi kawasan Zon 3 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas yang merangkumi Kampung Medang, Kampung Supa, Kampung Tuie dan Kampung Serabang.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, sumbangan daripada individu yang berkemampuan memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan ibadah korban dapat diteruskan dan diperluaskan setiap tahun.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap lebih ramai individu tampil menyumbang bagi menjayakan program korban di kawasan perkampungan sekitar DUN Saribas pada masa hadapan.

“Kita berharap akan lebih ramai individu berkemampuan tampil untuk menjayakan ibadah korban di kawasan perkampungan sekitar DUN Saribas pada tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa ibadah korban merupakan tuntutan agama yang amat digalakkan kepada umat Islam yang berkemampuan sebagai usaha menghidupkan syariat Nabi Ibrahim AS.

Dalam pada itu, beliau berkata ibadah korban turut mendidik umat Islam agar sentiasa bersyukur dan berkongsi nikmat rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Menurutnya, amalan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap semangat pengorbanan, kebersamaan dan sikap saling membantu yang dizahirkan menerusi ibadah korban dapat terus diperkasakan demi membentuk masyarakat yang harmoni, prihatin dan bersatu padu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Aidiladha perkukuh perpaduan, harmoni masyarakat luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.