Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban perkukuh perpaduan, eratkan silaturahim masyarakat Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibadah korban perkukuh perpaduan, eratkan silaturahim masyarakat Kabong

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Agihan Daging Korban di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor dan Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, semalam. Foto: ADUN Kabong.

KABONG: Amalan ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan umat Islam kepada perintah Allah SWT, malah berperanan penting dalam memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ibadah korban merupakan satu amalan yang amat mulia kerana mampu memupuk sikap saling membantu serta mengeratkan hubungan sesama anggota komuniti.

Menurut beliau, program ibadah korban yang dilaksanakan setiap tahun juga menjadi platform terbaik untuk menyemai nilai keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Agihan Daging Korban di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor dan Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, semalam. Foto: ADUN Kabong.

Beliau turut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan tradisi gotong-royong dan semangat muafakat terus subur dalam kalangan penduduk setempat.

Chee Kadir berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Agihan Daging Korban di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor yang berlangsung sempena Aidiladha pada hari ketiga sambutan perayaan itu, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Meryani Yassin, dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar yang hadir bersama-sama menjayakan program berkenaan.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Agihan Daging Korban di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor dan Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, semalam. Foto: ADUN Kabong.

Pada tahun ini, sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor menerusi penganjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid (JKP) berkenaan.

Daging korban yang disembelih kemudiannya diagihkan kepada sekitar 250 penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Nyabor dan kawasan sekitarnya.

Pada sebelah petang, Chee Kadir bersama Datin Meryani turut menghadiri Majlis Penyembelihan serta Agihan Daging Korban di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat bagi menyantuni masyarakat setempat sempena Aidiladha.

Dalam program tersebut, sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan dan daging korban diagihkan kepada 250 penerima daripada kalangan penduduk Kampung Gerigat, sekali gus memperlihatkan semangat perpaduan, kebersamaan dan keprihatinan yang menjadi teras sambutan Aidiladha.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Korban Perdana Aidiladha 2026 satukan belia dan masyarakat Pusa
Next: Program korban, tahlil perdana DUN Lingga perkukuh ukhuwah masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.