Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • IACA, MACA komited teroka usaha perkasa kerjasama latihan, pendidikan antirasuah
  • PENDIDIKAN

IACA, MACA komited teroka usaha perkasa kerjasama latihan, pendidikan antirasuah

Utusan Sarawak 16 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menyatakan komitmen untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan modul latihan, program akademik dan perkongsian sumber kepakaran, sebagai usaha memperkukuh agenda memerangi rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan komitmen itu dizahirkan semasa kunjungan hormat Dekan IACA Prof Slagjana Taseva ke atas Pengarah Kanan MACA Datuk Mohd Hafaz Nazar di ibu pejabat MACA di sini, semalam.

“IACA menyatakan hasrat untuk berkongsi kepakaran dalam usaha pencegahan rasuah menerusi kerjasama strategik bersama MACA.

“Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan hampir dua jam itu ialah peluang memperkukuh potensi kolaborasi antara kedua-dua institusi dalam memperkasa pendidikan antirasuah sejajar keperluan global semasa,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir, Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Kanan IACA Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Nik Nurzai Mohd Zainudin. 

Menurut kenyataan itu, IACA merupakan institusi pendidikan pascasiswazah antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pendidikan, penyelidikan dan latihan dalam bidang integriti serta pencegahan rasuah.

MACA pula berperanan sebagai pusat latihan dan pembangunan kompetensi bagi memperkukuh keupayaan sumber manusia dalam membanteras rasuah di Malaysia.

Mohd Hafaz dalam kenyataan sama berkata MACA sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan IACA, khususnya melalui pertukaran ilmu dan pengalaman dalam bidang antirasuah.

“MACA juga bersedia membawa perbincangan ini ke peringkat seterusnya untuk dimasukkan dalam skop kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) akan datang,” katanya.

–Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Nur Huda wakili Sarawak ke MQSS Peringkat Kebangsaan
Next: Penglibatan guru perkukuh KRS, bina jati diri murid lebih berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.