Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • i-CATS sasar universiti penuh menjelang 2026
  • TEMPATAN

i-CATS sasar universiti penuh menjelang 2026

Utusan Sarawak 5 months ago
NAIB Canselor Universiti Kolej i-CATS yang baharu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ts Mohamad Kadim Suaidi.

KUCHING: Naib Canselor Universiti Kolej i-CATS yang baharu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ts Mohamad Kadim Suaidi beriltizam untuk membawa universiti itu ke tahap lebih tinggi, termasuk merealisasikan sasaran menjadikannya universiti penuh menjelang 2026.

Selain itu, i-CATS katanya akan terus memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan teknologi masa depan, sejajar dengan fungsinya sebagai universiti teknikal.

Dalam hal ini, beliau menggariskan komitmen untuk merevolusikan I-CATS dengan visi strategik dan jelas dengan langkah yang bakal memperkukuh peranan institusi ini sebagai peneraju pendidikan tinggi di Sarawak.

“Kami merancang memperkenalkan program akademik baharu yang selari dengan teknologi canggih seperti hidrogen, bio-terma, tenaga boleh diperbaharui, dan kecerdasan buatan.

“Langkah ini akan membantu Sarawak mencapai visi pembangunan seperti yang digariskan dalam PCTS 2030,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya selepas memulakan tugas secara rasmi sebagai Naib Canselor kedua Universiti Kolej I-CATS di sini, hari ini.

Dalam sidang media sama, beliau turut menyentuh cabaran besar yang dihadapi semua institusi pendidikan tinggi Sarawak menjelang pelaksanaan pendidikan tinggi percuma pada 2026.

Sebagai institusi pendidikan tinggi milik penuh Kerajaan Sarawak, i-CATS tegasnya akan bersedia dari segi infrastruktur, tenaga pengajar, dan program akademik untuk menyokong inisiatif ini.

Malah pihaknya juga menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pelajar kepada 3,000 orang dalam tempoh dua tahun.

“Jumlah pelajar sekarang adalah kurang daripada 2,000. Dengan kerjasama semua pihak, kita yakin dapat mencapai sasaran ini,” katanya optimis. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 300 hadir di The Bishop House sempena Krismas
Next: Hexcel & Associates dilantik wakil eksklusif Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.