Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • i-CATS Miri raih Anugerah Perak CIPTA 2025 di Brunei
  • INSPIRASI

i-CATS Miri raih Anugerah Perak CIPTA 2025 di Brunei

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…Pasukan dari i-CATS Miri berjaya meraih Anugerah Perak dalam Pertandingan CIPTA 2025 di Brunei Darussalam, baru-baru ini.

MIRI: Pasukan dari i-CATS Miri telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya meraih Anugerah Perak dalam Pertandingan ‘Anugerah Produk Kreatif, Inovatif dan Kemajuan Teknologi Putera Mahkota (CIPTA) 2025 yang berlangsung di Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Inovasi mereka yang dinamakan ‘Racun Perosak Kulit Nanas’ mendapat tempat dalam Kategori Inovasi dan Ciptaan Baharu ASEAN, bertepatan dengan tema pertandingan tahun ini, ‘Inovasi Hijau’.

Pasukan i-CATS Miri tersenarai sebagai salah satu daripada 15 finalis serantau dan dipilih sebagai antara tujuh penerima Anugerah Perak, bersama wakil dari Filipina, Thailand dan negeri lain di Malaysia.

Sesi penilaian yang berlangsung pada Mei 2025 memfokuskan kepada elemen kelestarian, tahap inovasi serta potensi aplikasi sebenar dalam dunia industri dan komuniti.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 2 Julai lalu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam, dan disempurnakan oleh penaung rasmi CIPTA, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Kami amat berbesar hati dapat membawa nama i-CATS Miri ke pentas serantau dan menyumbang kepada masa depan pertanian yang lebih lestari dan inovatif.

“Semoga pencapaian ini menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih bermakna pada masa akan datang, insya-Allah,” kata wakil pasukan.

Projek ‘Racun Perosak Kulit Nanas’ mengetengahkan pendekatan mesra alam dengan memanfaatkan sisa pertanian tempatan sebagai alternatif kawalan perosak yang lestari, sekali gus menyokong usaha ke arah pertanian mampan.

Kejayaan ini mencerminkan keupayaan i-CATS Miri dalam meneroka penyelesaian inovatif berasaskan alam sekitar serta mencipta impak bermakna di peringkat ASEAN.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Dari tepung ke pinggan, kisah pasta tanpa gaya mewah
Next: Eksklusif: Dentuman muzik aiskrim, detik bahagia kanak-kanak desa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.