Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion – PM
  • SEMASA

Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion – PM

Utusan Sarawak 2 years ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama para hadirin pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 'Membangun Malaysia Madani' di Kementerian Kewangan hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kanan) dan Steven Sim (kanan), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa.

“Ekonomi masih dianggap malap. Ia juga berkait dengan perkembangan antarabangsa, baik soal konflik Rusia-Ukraine atau pasca Covid-19 yang belum dapat menzahirkan kekuatan ekonomi dunia.

“Kalau ikut unjuran ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ia terus menurun. Cabaran (untuk kerajaan) adalah hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion. Jika termasuk liabiliti, ia sudah mencecah RM1.5 trilion,” katanya pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini, hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan tidak akan mengambil pendekatan ‘business as usual’ dan akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

“Sebab itu, kita beri angka yang sebenar. (Bayaran) Khidmat hutang 2023 adalah sebanyak RM45 bilion iaitu 15 peratus daripada hasil negara dan ini juga maksimum yang mampu ditangani oleh negara.

“Kita tidak fikir kita boleh mendepani 2023 dengan keadaan yang selesa. Sebab itu, kalau ada budaya selesa, ia tidak akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang diharapkan,” kata Perdana Menteri.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Belanda bekerjasama dengan Sarawak majukan industri pertanian
Next: Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 21 hakim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.