Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Hutang: Lelaki cedera dirempuh kereta
  • JENAYAH

Hutang: Lelaki cedera dirempuh kereta

Utusan Sarawak 2 months ago
KEMARAHAN MEMUNCAK… Sekitar pergaduhan yang berlaku di perumahan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Hanya kerana hutang sebanyak RM25, seorang pemiutang sanggup melanggar seorang individu lain menggunakan kereta di kawasan perumahan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku sekitar 11.00 pagi apabila suspek tiba di rumah mangsa dengan menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna putih untuk menuntut hutang RM25.

Pertengkaran telah berlaku antara suspek dan anak lelaki mangsa, yang kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Ketika pergaduhan memuncak, mangsa yang berusia 38 tahun pulang ke rumah dan melihat anaknya sedang diterajang oleh suspek.

Mangsa yang cuba untuk campur tangan meleraikan pergaduhan itu telah dilanggar menggunakan kereta. Suspek juga merempuh pagar rumah mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa mengalami patah pada kaki kiri dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Pihak polis kini giat memburu suspek dan menggesa orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai keberadaan suspek.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Jangan mudah terjerat tawaran dalam talian
Next: Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat kes pecah rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.