Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion setakat akhir Mac 2025 – Lim Hui Ying
  • NASIONAL

Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion setakat akhir Mac 2025 – Lim Hui Ying

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIMBALAN Menteri Kewangan Lim Hui  Ying bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Bagaimanapun, beliau berkata nilai aset kewangan isi rumah adalah melebihi jumlah hutang yang mana menandakan kedudukan kewangan rakyat secara keseluruhannya masih kukuh.

“Hutang isi rumah harus dilihat bersama dengan aset kewangan isi rumah yg jauh lebih besar. 

“Secara agregat, aset kewangan isi rumah kekal melebihi hutang sebanyak 2.1 kali, sekali gus memberikan penampan yg teguh kepada isi rumah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu tentang nisbah tertinggi kadar hutang kepada KDNK.

Menurutnya bagi hutang isi rumah, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa komited dalam membantu pengguna kredit yang menghadapi kesulitan kewangan.

Menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai pelan kawal selia perkhidmatan kredit yang dapat menjamin tahap perlindungan pengguna lebih selamat, Lim berkata pinjaman yang diluluskan oleh institusi kewangan adalah tertakluk kepada Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dikeluarkan dan dilaksanakan BNM sejak 2012.

Beliau berkata melalui pelaksanaan dokumen dasar itu nisbah khidmat hutang (DSR) bagi isi rumah kekal dalam lingkungan paras hemat dengan median DSR pinjaman terkumpul pada paras 34 peratus, sementara median DSR pinjaman yang baharu diluluskan adalah 41 peratus pada 2024.

“Kedudukan DSR dalam lingkungan paras hemat ini menjadi penampan yang mencukupi untuk isi rumah memenuhi tuntutan hutang masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam mengurus kewangan serta penstrukturan semula pembiayaan.

AKPK telah berjaya membantu lebih 64,000 peminjam menyelesaikan pinjaman mereka sepenuhnya melalui Program Pengurusan Kredit manakala hampir 270,000 peserta masih aktif meneruskan perjalanan pemulihan kewangan mereka dalam program ini, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan kaji teroka peluang ‘ekonomi perak’ hadapi impak negara tua – Hanifah Hajar
Next: MCMC keluarkan 279 arahan terhadap penyedia perkhidmatan mudah alih gagal patuhi piawaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.