Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HUS terima sumbangan PPE
  • TEMPATAN

HUS terima sumbangan PPE

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH… Majlis Penyerahan Simbolik Sumbangan Peralatan daripada PBSM kepada HUS

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak mengambil langkah proaktif dalam membantu pekerja barisan hadapan menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Justeru itu, PBSM dengan kerjasama  Yayasan Bursa Saham London (LSEG) telah menyerahkan sejumlah 266 set Peralatan Pelindungan Diri (PPE) kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala 565 lagi set PPE kepada bahagian bukan ICU.

Menurut Naib Pengerusi PBSM Sarawak John Lam, sumbangan ini merupakan simbol keprihatian PBSM Sarawak sebagai rakan rapat HUS terhadap pekerja barisan hadapan sepanjang tempoh melawan wabak pandemik Covid-19 ini.

“Sumbangan peralatan ini adalah hasil kerjasama berbentuk dana bantuan yang disalurkan secara terus oleh pihak LSEG sebanyak RM155,940.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan daripada PBSM bersama LSEG kepada HUS, semalam.

Selain itu, 658 set katrij pernafasan dan 2,000 set topeng muka N95 turut disumbangkan dalam majlis yang sama.

“Dengan adanya penambahan peralatan perubatan ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan HUS yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka sepanjang tempoh pandemik ini.

“Diharap usaha ini juga dapat meningkatkan kerjasama antara PBSM dan HUS bukan sahaja dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 ini, tetapi dalam pelbagai kerjasama di lain lagi nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, John turut memuji usaha yang ditonjolkan oleh LSEG yang bergerak aktif dalam menyalurkan bantuan untuk kegunaan menangani pandemik ini.

“LSEG yang juga beroperasi di luar negara seperti Australia, Perancis, Sri Lanka dan negara besar yang lain bukan sahaja aktif sekarang (pandemik), mereka sudah lama aktif membantu golongan kurang upaya (OKU) muda membentuk kemahiran mereka dalam bidang perniagaan, dan bantuan lain lagi,” tambahnya lagi.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Budayakan integriti dalam masyarakat
Next: Wanita PBB Kabong perlu aktif dekati rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.