Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • HUS perlukan 70 beg darah sehari, orang ramai digalak menderma
  • KESIHATAN

HUS perlukan 70 beg darah sehari, orang ramai digalak menderma

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Orang ramai yang sihat dan layak digesa tampil untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) sentiasa mencukupi demi keperluan pesakit yang memerlukan rawatan berterusan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Tabung Darah HUS, hospital tersebut memerlukan purata sebanyak 70 beg darah setiap hari untuk menampung keperluan pelbagai prosedur perubatan termasuk pembedahan, rawatan pesakit kronik, dan kes kecemasan.

“Menderma darah adalah satu tindakan mulia yang bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa, malah turut membantu pihak hospital mengekalkan paras bekalan darah yang stabil dan mencukupi,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, individu yang memenuhi kriteria seperti sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit berjangkit, serta berumur antara 18 hingga 60 tahun digalakkan untuk tampil sebagai penderma darah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai waktu operasi pusat derma darah, orang awam boleh menghubungi Pusat Tabung Darah HUS di talian 082-276797.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Hati-hati strok berdarah, risiko maut sekelip mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.