Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hume Cement jual anak syarikat kepada YTL Cement Sarawak harga asas RM215 juta
  • BISNES

Hume Cement jual anak syarikat kepada YTL Cement Sarawak harga asas RM215 juta

Utusan Sarawak 21 hours ago
HUME Cement Industries Bhd (HCIB) memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam anak syarikat milik penuh, Hume Concrete Sdn Bhd (HCCT) kepada YTL Cement (Sarawak) Sdn Bhd (YTL Cement Sarawak) pada harga asas penjualan RM215 juta.

KUALA LUMPUR: Hume Cement Industries Bhd (HCIB) memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam anak syarikat milik penuh, Hume Concrete Sdn Bhd (HCCT) kepada YTL Cement (Sarawak) Sdn Bhd (YTL Cement Sarawak) pada harga asas penjualan RM215 juta.

Syarikat induk YTL Cement Sarawak iaitu YTL Cement Bhd yang merupakan anak syarikat milik 96.11 peratus YTL Corporation Bhd, bertindak sebagai penjamin korporat bagi urus niaga berkenaan.

HCIB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan penjualan HCCT yang mengeluarkan dan memasarkan konkrit serta produk berkaitan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada semakan strategik berterusan HCIB dan anak syarikatnya untuk meningkatkan tumpuan operasi.

Daripada hasil tersebut, kumpulan merancang untuk membelanjakan RM148.9 juta bagi peluang pelaburan dan rancangan pengembangan manakala RM63.8 juta diperuntukkan sebagai modal kerja.

Baki RM2 juta akan digunakan untuk menampung anggaran perbelanjaan berkaitan penjualan tersebut.

Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham HCIB.

HCIB berkata Hong Leong Manufacturing Group Bhd yang memegang 72.77 peratus kepentingan dalam HCIB memberi jaminan untuk mengundi dengan menyokong penjualan berkenaan.

Ia menambah penjualan yang dicadangkan itu dijangka selesai pada suku kedua 2026.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki peningkatan Wall Street
Next: Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati antara RM4.09 dan RM4.11 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.