

MIRI: Hujan lebat tanpa henti sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di sini dinaiki air, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik serta aktiviti harian penduduk.


Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Miri–Pujut, Pujut, Senadin, Riam, SMK Agama Miri serta beberapa laluan di jalan pesisir pantai.
Penduduk setempat turut berkongsi keadaan banjir kilat di media sosial, memaparkan kenderaan bergerak perlahan dan ada yang terpaksa berpatah balik ekoran air naik mendadak sejak awal pagi.
Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima namun pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rendah yang mudah dinaiki air.
Oleh Liong Chai Ling