Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan Ribut Sibu: 21 peniaga bazar terjejas teruk  
  • WILAYAH

Hujan Ribut Sibu: 21 peniaga bazar terjejas teruk  

Utusan Sarawak 2 years ago

RANAP… Beginilah kedaaan di bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa 2, apabila kanopi di bazaar tersebut ranap akibat dilanda hujan ribut, petang semalam.

SIBU: Seramai 21 peniaga Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa 2 dapat dugaan Ramadan apabila kanopi ranap akibat hujan ribut melanda, petang semalam.   

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kejadian seumpama itu telah melanda Sibu untuk kali kedua pada tahun ini dan kali ini merupakan yang paling teruk sehingga mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang kebanyakan jalan. 

“Seramai 21 peniaga di bazaar kita di sini terjejas.

“Jadi esok (hari ini) saya bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bergerak untuk membantu mereka dengan menyediakan kanopi baharu.

“Insyallah sebelum petang, kita akan menghantar kanopi baharu untuk peniaga-peniaga yang terjejas ini sebelum bermulanya perniagaan mereka,” jelasnya menerusi catatan di Facebooknya malam tadi.

RANAP… Beginilah kedaaan di bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa 2, apabila kanopi di bazaar tersebut ranap akibat dilanda hujan ribut, petang semalam.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, jumlah kanopi sedia ada mungkin tidak mencukupi.

“Jadi kita terpaksa mencari pembekal di kedai ‘hardware’ untuk kita kumpul dan cukupkan (kanopi).

“Malam ini (semalam), Pemuda PBB Teku dan Bahagia Jaya bersetuju untuk membantu menghantar kanopi esok (hari ini),” ujarnya.

“Kita hanya tinggal dua minggu lagi untuk sambut Aidilfitri. Jadi saya memberi kata-kata semangat buat peniaga untuk terus berjuang mencari rezeki bagi menyambut Aidilfitri yang akan menjelang nanti,” ujarnya lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Hujan ribut, enam flat IPD Sibu rosak
Next: Fenomena pembentukan awan luar biasa gamit perhatian penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.