Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan monsun ragut 45 nyawa dalam empat hari di seluruh Pakistan
  • GLOBAL

Hujan monsun ragut 45 nyawa dalam empat hari di seluruh Pakistan

Utusan Sarawak 21 hours ago

REDAH BANJIR… Para penumpang meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Hyderabad, dalam wilayah Sindh pada 27 Jun 2025. Foto AFP

ISLAMABAD: Tujuh lagi mangsa dilaporkan maut akibat kemalangan berpunca daripada hujan di seluruh Pakistan dalam tempoh dua hari lepas, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 45 sejak bermulanya musim monsun pada 26 Jun, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad.

Jumlah mangsa cedera turut meningkat kepada 68 selepas enam orang lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda hampir semua wilayah di negara itu, menurut NDMA dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Xinhua.

Kebanyakan yang maut berpunca akibat runtuhan bumbung dan banjir kilat yang menghanyutkan rumah dan jambatan, menurut pihak berkuasa itu.

NDMA turut memaklumkan yang sebanyak 89 rumah musnah sama ada secara separa atau keseluruhan, manakala 55 haiwan ternakan turut mati.

Menurut NDMA, aliran air sungai dan empangan di seluruh negara masih berada dalam keadaan normal.

Aktiviti bantuan diteruskan, dengan NDMA dan sukarelawan tempatan mengagihkan bekalan asas kepada mangsa yang terjejas.

Sementara itu, NDMA mengeluarkan amaran cuaca meliputi hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda sebahagian besar kawasan di negara itu dalam tempoh 12 hingga 24 jam akan datang.

NDMA menggesa pihak berkuasa pengurusan bencana di peringkat negeri, pentadbiran daerah dan jabatan berkaitan agar sentiasa berwaspada, mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal dan mengaktifkan pelan kontingensi bagi mengurangkan potensi kerosakan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Roket H2A terakhir Jepun berjaya dilancarkan
Next: Pelancong Malaysia selamat selepas terapung ketika snorkel di Pulau Gili Lawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.