Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan lebat tidak halang agihan bubur lambuk, kurma
  • Tengah
  • WILAYAH

Hujan lebat tidak halang agihan bubur lambuk, kurma

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Bubur lambuk diserahkan oleh Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada penerima di sekitar kampung. 

BINTANGOR: Hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii untuk menyantuni penduduk di kampung Melayu dalam program agihan bubur lambuk dan kurma sempena Ramadan.

Program anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Meradong itu menyaksikan sebanyak 400 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada orang ramai di sekitar kampung, hasil kerjasama erat antara Pergerakan Wanita PBB, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta komuniti Melayu tempatan.

“Saya percaya nilai murni berbuka puasa bersama mampu menjadi jambatan yang menghubungkan pelbagai kaum. 

“Ramadan mengajar kita tentang keikhlasan dan inilah semangat yang ingin saya bawa kepada masyarakat,” kata Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok kepada media, baru-baru ini. 

Katanya, pengagihan bubur lambuk bukan sekadar tradisi, malah mencerminkan budaya perkongsian dan keprihatinan yang menjadi teras perpaduan rakyat Malaysia.

“Bubur lambuk merupakan makanan tradisi yang wajib dinikmati oleh masyarakat Muslim sepanjang Ramadan. 

“Selain membantu golongan yang memerlukan, ia juga melambangkan semangat perkongsian dan kemurahan hati,” katanya.

Ketua Kampung serta wakil dari lima kampung Melayu dari Skim B, Kampung Selemas, Kampung Sungai Gemuan, Kampung 1Malaysia dan Kampung Melayu Meradong turut hadir untuk menerima sumbangan bubur lambuk bagi pihak komuniti masing-masing.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghuni cemas ular tumpang ruang tamu
Next: Suasana tenang jadi kecoh gara-gara biawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.