Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, angka korban meningkat
  • GLOBAL

Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, angka korban meningkat

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBARAN umum menunjukkan sebuah bangunan kedai serbaneka yang runtuh ke dalam sungai akibat hujan lebat di Daerah Gapyeong pada 20 Julai 2025. Foto AFP

SEOUL: Satu lagi kematian disahkan berikutan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh minggu lepas, menjadikan jumlah korban terkini meningkat kepada 19 orang, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan kerajaan.

Sembilan lagi penduduk masih dilaporkan hilang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut atau belum ditemukan akibat hujan lebat antara Rabu hingga Ahad lepas kepada 28 orang, menurut data awal Kementerian Dalam Negeri.

KERETA rosak akibat banjir dilihat di atas jalan di sepanjang sungai akibat hujan lebat. Foto AFP

Mangsa yang terkorban termasuk 10 di daerah selatan Sancheong, tiga di daerah utara Gapyeong dan dua di bandar barat Seosan, menurut kementerian.

Empat daripada mangsa yang hilang dilaporkan di Sancheong manakala empat lagi di Gapyeong.

Pihak berkuasa telah mempercepat usaha pemulihan, dengan kira-kira 2,976 daripada 6,752 bangunan dan kemudahan yang rosak telah menjalani kerja pemulihan kecemasan.

Lebih 14,000 orang telah berpindah ke tempat selamat sejak hujan lebat bermula dengan 2,549 orang masih belum dapat pulang ke kediaman masing-masing. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat Delta nyaris berlanggar di udara
Next: 16 suspek dikenal pasti sengaja bakar hutan, tanah di Riau – BNPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.