Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan lebat sebabkan 38 mangsa dipindahkan ke PPS Kampung Sinar Budi Baru
  • Selatan
  • WILAYAH

Hujan lebat sebabkan 38 mangsa dipindahkan ke PPS Kampung Sinar Budi Baru

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENDUDUK Kampung Sinar Budi Baru dipindahkan ke PPS Dewan R-Piang susulan banjir yang melanda kawasan itu hari ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Hujan lebat yang melanda kawasan Kampung Sinar Budi Baru hari ini menyebabkan beberapa keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan R-Piang.

Pusat tersebut dibuka pada 11.45 pagi bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir.

Seramai 38 mangsa daripada tujuh keluarga berada di PPS setakat 2.00 petang tadi.

Mangsa terdiri daripada 15 lelaki dewasa dan 14 perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan, seorang bayi perempuan, dua lelaki orang kurang upaya, serta seorang lelaki dan seorang perempuan warga emas.

Pegawai bertugas di PPS termasuk Zamberi Emi, Khairuddin Jamel, Muhd Rafshanjanee Marzuki dan Ralphileo Budit Robert.

Beberapa agensi turut berada di lokasi bagi memastikan keselamatan mangsa, antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Pusat pemindahan ini akan mengemas kini pecahan mangsa dari semasa ke semasa bagi memastikan pemantauan dan bantuan berterusan.

Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di kawasan berisiko banjir serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Continue Reading

Previous: Pembangunan infrastruktur luar bandar sokong sasaran pendapatan isi rumah Sarawak
Next: Bukit Saban bakal meriah dengan penganjuran Festival Makanan dan Sukaneka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.