Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hujan lebat, ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 9.00 malam ini
  • SEMASA

Hujan lebat, ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 9.00 malam ini

Utusan Sarawak 2 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan petang ini memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Cuaca buruk itu turut diramal melanda Terengganu di Dungun dan Kemaman serta di Lipis, Pahang.

Di Sarawak, keadaan sama dijangka melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit dan Bukit Mabong, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, kawasan yang turut diramal terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Kerajaan laksana langkah penjimatan ketat, dana dikembalikan kepada rakyat – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.