Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri dan Labuan sehingga 12 tengah hari
  • NASIONAL

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri dan Labuan sehingga 12 tengah hari

Utusan Sarawak 21 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Labuan sehingga 12.00 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan situasi berkenaan dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Di Selangor ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat manakala di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Mukah dan Miri (Subis dan Miri).

Bagi Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat), selain Labuan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kertas cadangan Tribunal Antibuli dibentang dalam mesyuarat kabinet esok – Azalina
Next: Kerajaan bantu ibu tunggal, anak tuntut nafkah melalui perintah hiwalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.