Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan lebat, ribut petir di Putrajaya, Kuala Lumpur dan enam negeri sehingga 12.00 tengah hari
  • NASIONAL

Hujan lebat, ribut petir di Putrajaya, Kuala Lumpur dan enam negeri sehingga 12.00 tengah hari

Utusan Sarawak 1 week ago
GEMPA bumi kuat telah berlaku di Laut Bali, Indonesia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 12.00 tengah hari.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang melibatkan kawasan Bentong dan Temerloh serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 12.49 tengah malam tadi.

Gempa yang berpusat pada kedalaman 10 kilometer itu dikesan 128 kilometer Timur Laut dari Probolinggo, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia. -Bernama

Continue Reading

Previous: Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat tahun ini – DOSM
Next: Penyusunan semula Petronas Gas dapat pengecualian cukai MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.