Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hujan lebat, ribut petir di 13 negeri termasuk Sarawak hingga 7.00 malam ini
  • SEMASA

Hujan lebat, ribut petir di 13 negeri termasuk Sarawak hingga 7.00 malam ini

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 13 negeri termasuk Sarawak petang ini, yang dijangka berterusan hingga 7.00 malam.

 MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan).

Cuaca buruk itu turut diramalkan di Perak (Kerian), Pahang (Raub, Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), seluruh Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing).

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang.

Di Sabah, amaran itu melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak tuntut 70 peratus hasil cukai karbon, peranan Borneo sebagai penyimpan karbon negara perlu diiktiraf
Next: RUU SIP: Denda majikan dipinda secara progresif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.