Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hujan lebat landa Kuching sekitar 3.00 petang
  • TEMPATAN

Hujan lebat landa Kuching sekitar 3.00 petang

Utusan Sarawak 16 hours ago
HUJAN lebat landa bandar raya Kuching.

KUCHING: Hujan lebat yang melanda bandar raya Kuching sekitar 3.00 petang hari ini menyebabkan beberapa kenderaan memperlahankan pemanduan berikutan penglihatan terhad dan jalan yang licin.

Tinjauan yang dilakukan di luar pejabat Utusan Sarawak Online di Jalan Abell di sini  mendapati hujan lebat berterusan selama hampir satu jam, mengakibatkan sistem saliran gagal menampung jumlah air yang banyak dalam masa singkat.

Orang ramai yang berada di kawasan berdekatan dilihat mencari perlindungan di bawah bangunan dan kaki lima bagi mengelakkan diri daripada basah kuyup.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir pada 2.35 petang hari ini, memberi peringatan kepada penduduk di beberapa negeri bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku sehingga 5.00 petang, hari ini.

Antara kawasan di Sarawak mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song), Miri (termasuk Miri dan Marudi), serta Limbang.

MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ini merupakan amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati, mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk ini, dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi MyCuaca, atau media sosial rasmi jabatan tersebut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Galeri Tok Nan terus jadi simbol perpaduan, aspirasi kebudayaan Sarawak
Next: Festival Rock in the Jungle 2.0 dijangka tarik 12,000 pengunjung ke SCV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.