Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat berterusan di sepanjang Laut Jepun
  • GLOBAL

Hujan lebat berterusan di sepanjang Laut Jepun

Utusan Sarawak 1 day ago

TOKYO:  Hujan lebat berterusan dijangkakan pada Khamis di wilayah Hokuriku di sepanjang pesisir Laut Jepun, menurut agensi kaji cuaca, yang memberi amaran beberapa kawasan mungkin mengalami hujan lebat sehingga Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) Bandar Kanazawa di wilayah Ishikawa mencatatkan taburan hujan tertinggi sebanyak 148 milimeter dalam tempoh tiga jam sehingga kira-kira 5.00 pagi waktu tempatan.

Sepanjang malam, sejumlah 218 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh enam jam di wilayah Ishikawa, melebihi purata hujan bulanan bagi Ogos, menurut JMA.

Beberapa rumah di Bandar Kanazawa mengalami banjir di bawah paras lantai dan sekurang-kurangnya 19 lokasi jalan raya dilaporkan dinaiki air, menurut kerajaan tempatan.

Menurut pihak berkuasa cuaca, keadaan atmosfera yang sangat tidak stabil meliputi kawasan luas dari utara hingga barat Jepun disebabkan aliran udara lembap dan panas yang menuju ke arah garisan cuaca yang memanjang dari sistem tekanan rendah.

Jumlah hujan dalam tempoh 24 jam sehingga jam 6.00 pagi waktu tempatan pada Jumaat dijangka mencapai sehingga 150 milimeter di wilayah Tohoku (utara Hokuriku) dan bahagian utara Kyushu (barat daya Jepun), manakala Hokuriku diramalkan menerima 120 milimeter hujan.

Pihak JMA menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh dan banjir di kawasan rendah serta limpahan sungai.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Brunei sahkan penyertaan rasmi ke Regatta Lingga 2025
Next: Mayat lelaki hilang 28 tahun ditemui di glasier mencair

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.