
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sarawak hingga 1.00 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9.00 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang diramal terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah dan Kapit (Belaga).- Bernama