Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat, angin kencang ragut 13 nyawa
  • GLOBAL

Hujan lebat, angin kencang ragut 13 nyawa

Utusan Sarawak 24 hours ago
REDAH HUJAN…Seorang penunggang motosikal meredah hujan lebat di Amritsar, India. Foto AFP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban manakala 92 lagi cedera pada Sabtu susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda wilayah Punjab timur tengah Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut akhbar ‘Dawn’ memetik pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), lebih 10 kematian dilaporkan berpunca akibat runtuhan kediaman usang serta terdedah kepada persekitaran yang tidak selamat.

ORANG ramai berjalan kaki meredah hujan di Amritsar, India. Foto AFP

Seorang pekerja kilang turut maut manakala lima yang lain cedera parah apabila bumbung kilang tempat mereka bekerja runtuh, menurut laporan Televisyen Pakistan yang dikendalikan kerajaan.
Seorang lagi mangsa maut selepas disambar petir.

Beberapa rumah yang diperbuat daripada tanah liat serta rumah yang tidak diselenggara dengan baik turut mengalami kerosakan akibat ribut.

PDMA sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca pada Jumaat, berhubung kemungkinan berlaku angin kencang, ribut pasir dan hujan di beberapa kawasan di Punjab. – Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: UAE catat suhu rekod Mei 51.6 darjah Celsius
Next: Kapal kargo terbalik di perairan selatan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.