Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hujan lebat, angin kencang di KL dan lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang ini – MetMalaysia
  • SEMASA

Hujan lebat, angin kencang di KL dan lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang ini – MetMalaysia

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 6.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 3.10 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal melanda Kedah di kawasan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Kawasan dijangka terjejas di Pantai Timur ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Rompin di Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Petaling di Selangor manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Segamat di Johor.

Di Sarawak, cuaca buruk itu diramal berlaku di Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu (Tatau). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jangan salah guna Baby Hatch, Nancy mahu pusat perlindungan bantu kurangkan masalah sosial
Next: AIROD dan Lockheed Martin rai 40 tahun kerjasama strategik C-130 Hercules

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.