Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan berterusan, tujuh perkampungan dilanda banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Hujan berterusan, tujuh perkampungan dilanda banjir

Utusan Sarawak 2 days ago
BERJAGA-JAGA….Penduduk di beberapa kampung di sekitar Matu, Daro dinasihatkan supaya berjaga-jaga berikutan paras air meningkat.

DARO: Tujuh perkampungan di Daerah Matu, Daro dinaiki air akibat hujan berterusan yang melanda kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro, PBT II Hasman Bakar berkata, kawasan itu ialah Kampung Jemoreng, Kampung Sekaan Besar, Kampung Sejahtera Matu, Kampung Bawang, Pasar Lama Matu, Kampung Bertong dan Kampung Pangtray.

“Di Kampung Jemoreng misalnya, beberapa jalan kampung dilimpahi air akibat sistem saliran yang tidak mampu menampung jumlah hujan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sebuah rumah dua tingkat yang dihuni lapan sekeluarga turut dimasuki air di bahagian tingkat bawah, namun keadaan masih terkawal dan tidak melibatkan sebarang pemindahan setakat ini.

“Setakat ini tiada kejadian tidak diingini dilaporkan dan semua penduduk berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Hasman memberitahu, kesemua jalan masuk ke kawasan terjejas masih boleh dilalui oleh pejalan kaki dan kenderaan, namun orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

“Trend paras air didapati masih meningkat susulan hujan lebat yang turun sepanjang hari, namun keadaan keseluruhan masih berada pada tahap terkawal.

“Kita akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengenal pasti sebarang perubahan mendadak paras air,” kata beliau

Beliau menasihatkan penduduk supaya sentiasa peka dengan perkembangan semasa, memantau paras air di sekitar kediaman masing-masing dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Penduduk dinasihatkan supaya menyimpan dokumen penting di tempat selamat, mematikan bekalan elektrik jika air mula memasuki rumah serta menghubungi pihak bomba atau agensi berkaitan sekiranya memerlukan bantuan kecemasan,” kata beliau lagi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Banjir kilat jejaskan beberapa kawasan di Bekenu
Next: Residen Bahagian Mukah turun padang tinjau banjir di Daerah Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.