Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan berterusan tahap waspada di Johor dan Sarawak hingga esok
  • NASIONAL

Hujan berterusan tahap waspada di Johor dan Sarawak hingga esok

Utusan Sarawak 21 hours ago
HUJAN berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok, menurut amaran MetMalaysia. Foto MET Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan hari ini berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).

Sementara itu, beberapa daerah lain di negeri berkenaan, iaitu Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Disember ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan jadikan telefon pintar ‘pengasuh’ kanak-kanak – Nancy
Next: Anwar tidak tergesa-gesa isi kekosongan Kabinet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.