Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hujan berterusan, situasi di Kampung Rantau Panjang masih selamat
  • TEMPATAN

Hujan berterusan, situasi di Kampung Rantau Panjang masih selamat

Utusan Sarawak 4 hours ago
APM Kuching menjalankan pemantauan di Kampung Rantau Panjang susulan hujan berterusan bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal, sebelum meneruskan rondaan ke kawasan Barrage Batu Kitang untuk pemantauan paras air, hari ini. Foto APM Kuching

KUCHING: Tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching memastikan keadaan di Kampung Rantau Panjang kekal selamat dan terkawal meskipun hujan renyai-renyai berterusan, hari ini.

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati paras air menunjukkan trend menurun, manakala jalan utama di kampung berkenaan masih boleh dilalui kenderaan.

Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi Sarawak, situasi keseluruhan di kawasan tersebut adalah baik dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

APM Kuching menjalankan pemantauan di Kampung Rantau Panjang susulan hujan berterusan bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal, sebelum meneruskan rondaan ke kawasan Barrage Batu Kitang untuk pemantauan paras air, hari ini. Foto APM Kuching

Bagaimanapun, sebanyak lima rumah terjejas telah mengambil langkah proaktif dengan berpindah sementara ke kediaman saudara-mara sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan masing-masing.

Pasukan pemantauan APM Kuching seterusnya bergerak ke kawasan Barrage Batu Kitang bagi melakukan pemantauan berterusan terhadap paras air dan perkembangan semasa.

APM Kuching menegaskan komitmen untuk terus berganding bahu bersama agensi berkaitan dan komuniti setempat dalam memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara, selaras dengan prinsip kesiapsiagaan bencana sebagai tanggungjawab bersama.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Nancy santuni asnaf Zon Bako, tekankan kepentingan kesihatan mental
Next: Cuaca tidak menentu, APM Bau tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.