Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hubungan Sarawak–Australia diperkukuh, fokus tenaga hijau, industri ternakan
  • SEMASA

Hubungan Sarawak–Australia diperkukuh, fokus tenaga hijau, industri ternakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
Robyn Cahill ketika berucap pada majlis ‘Australia’s Northern Territory Networking Dinner’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini. -Foto UKAS

KUCHING: Hubungan antara kerajaan Sarawak dan Wilayah Utara Australia terus diperluaskan melalui potensi kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, penangkapan karbon, serta agrobisnes, termasuk industri ternakan lembu.

Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Wilayah Utara Australia, Robyn Cahill, berkata kerjasama strategik antara kedua-dua wilayah memberi penekanan kepada pembangunan sumber asli, khususnya menerusi projek oleh Tamboran Resources yang sedang membangunkan Beetaloo Sub-Basin, yang dijangka mula mengeluarkan bekalan gas pada tahun hadapan.

“Pengeluaran akan bermula tahun depan dan kami menjangka akan mula merasai manfaatnya seawal tahun tersebut.
Kami amat mengalu-alukan pelabur dan pencipta inovasi dari Sarawak untuk menyertai usaha ini bersama kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘Australia’s Northern Territory Networking Dinner’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut beliau, Wilayah Utara Australia kini turut memberi tumpuan kepada teknologi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), yang membuka ruang kerjasama ilmu serta pembangunan teknologi bersama Sarawak.

Selain itu, Cahill turut menyatakan minat terhadap projek solar terapung di Bakun, yang menurutnya akan dibentangkan kepada Menteri Tenaga Wilayah Utara Australia untuk diteroka sebagai model tenaga lestari.

“Sarawak dan Wilayah Utara Australia mempunyai banyak persamaan termasuk sejarah perjuangan mendapatkan lebih banyak autonomi daripada kerajaan persekutuan masing-masing.
Memperkukuh hubungan kerajaan serta hubungan rakyat antara kedua-dua wilayah amat penting,” jelasnya.

Beliau menambah, walaupun kerajaan baharu Wilayah Utara Australia baru sahaja memegang tampuk pemerintahan sejak Ogos tahun lalu, pelbagai kemajuan telah dicapai dalam memudahkan urusan perniagaan dan menarik pelaburan asing.

“Kami mahu menjadikan Wilayah Utara sebagai destinasi terbaik untuk pelaburan dan kerjasama asing. Kami yakin potensi ini boleh diterokai bersama Sarawak dan akan terus memperkukuh hubungan yang sedia terbina,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee. –UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Timbalan Menteri Dalam Negeri hadiri Persidangan Menteri Asia Pasifik
Next: Datuk Bandar Kuching Selatan wakili Malaysia di Persidangan Tahunan XVII Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.