Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hubungan Kerajaan Persekutuan, Sabah harus intim, saling percaya
  • NASIONAL

Hubungan Kerajaan Persekutuan, Sabah harus intim, saling percaya

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bersama Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick (dua, kiri) mengadakan sidang media selepas pertemuan bersama Pimpinan PH Sabah di sebuah resort malam tadi. FotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Sabah harus intim serta berdasarkan sikap saling percaya dalam usaha membela nasib negeri itu dan rakyatnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata hubungan kukuh antara kedua-duanya terbukti berkesan dalam memajukan negeri dan membantu rakyat seperti yang dapat dilihat melalui peningkatan hubungan Persekutuan dengan Sarawak.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk terus bekerjasama dengan kepimpinan Sabah dalam pelbagai aspek terutama pembangunan dan pentadbiran bagi memastikan kepentingan serta kebajikan rakyat di Negeri di Bawah Bayu itu sentiasa terpelihara.

‘’Disebabkan itu, saya mengusulkan supaya rakyat Sabah mengambil kira-kira ini, mesti ada jaringan yang kuat dengan Sabah, antara kerajaan.

‘’Kita juga tahu bahawa selama ini kita ambil berat tentang Sabah. Ini bukan soal kerana ada Pilihan Raya Negeri,’’ katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmu dan Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.

Anwar berkata di bawah pentadbirannya, kerajaan Persekutuan telah menunjukkan komitmen jitu dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata hasil kesungguhan itu, sembilan perkara utama yang tertangguh selama berpuluh tahun telah berjaya diselesaikan malah isu lebih mencabar seperti hal ehwal minyak dapat dirungkai.

‘’Jadi kita usulkan prinsip yang sama supaya hasil yang lebih, yang terjamin untuk Sabah… bukan disalahgunakan… bagi saya, soal ketelusan soal tatakelola, itu keutamaan.

“… bukan cari pemimpin-pemimpin hendak rebut kekayaan untuk mereka sendiri … tetapi untuk menggunakan kesempatan membela nasib rakyat. Kerajaan inilah yang dipertahankan dan didukung untuk rakyat kita,’’ katanya.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan telah membuktikan kesungguhan untuk mempertahankan hak Sabah terutama dalam menangani isu tuntutan Kumpulan Sulu yang berjaya ditepis dan diatasi sekali gus mempertahankan maruah negeri itu sebagai sebahagian daripada Malaysia.

‘’Kita beri komitmen yang penuh dalam mesyuarat Jemaah Menteri malah dalam sidang ASEAN baru-baru ini, kita dapat pertahankan supaya isu Sabah sentiasa diutamakan,’’ katanya.

Ditanya mengenai langkah kerjasama PH dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata PH Sabah ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) Sabah.

‘’Biar PH Sabah memutuskan, mereka berunding dengan GRS, berunding dengan BN Sabah. Ketua-Ketua PH Sabah ini mereka akan ke depan dan selaraskan.

“Sekarang ini nampak mesyuarat semua berjalan dan kita tidak rasa ada masalah,’’ kata beliau. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Dua Ahli Parlimen nafi tarik sokongan kepada Anwar
Next: HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.