Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hubungan erat China – Malaysia bantu nilai dagangan meningkat lebih AS$200 bilion
  • BISNES

Hubungan erat China – Malaysia bantu nilai dagangan meningkat lebih AS$200 bilion

Utusan Sarawak 2 years ago

Menteri di Kedutaan China ke Malaysia Tang Rui (dua, kanan) melihat pelan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena Siri Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Belt and Road Initiative di Kampung Padang Halban hari ini. Turut sama Timbalan Exco Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Masyarakat dan Integriti Mohd Huzaimy Che Husin (kiri). FotoBERNAMA

KOTA BHARU: Malaysia terus menjadi antara rakan dagang utama China di ASEAN apabila nilai dagangan di antara kedua-dua negara itu berjumlah lebih AS$200 bilion pada tahun lepas, kata Menteri di Kedutaan Besar China di Malaysia Tang Rui.

Beliau berkata hubungan erat antara kedua-dua negara merupakan faktor penting yang menyaksikan kerjasama dalam sektor ekonomi meningkat, seterusnya melonjakkan nilai dagangan.

“Tahun lepas jumlah dagangan antara kedua-dua negara melebihi AS$200 bilion.

“Ini sangat menggalakkan kerana Malaysia dengan populasi lebih daripada 30 juta (tetapi) jumlah perdagangan di antara China dan Malaysia lebih banyak daripada perdagangan China dengan beberapa negara besar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan lawatan ke tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Peringat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tang Rui berkata, Malaysia akan terus menjadi antara rakan dagang China yang penting di ASEAN.

“China telah menjadi rakan dagangan terbesar dengan Malaysia dalam tempoh 14 tahun lepas.

“Tahun ini selepas China membuka semula sempadannya, saya perhatikan semakin banyak syarikat, perusahaan China akan datang ke Malaysia untuk mencari lebih banyak peluang, jadi anda boleh lihat jumlah perdagangan akan berkembang dengan pesat di antara China dan Malaysia.

“Saya berharap kita akan dapat meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara dan saya percaya jumlah dagangan akan meningkat lagi pada masa hadapan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia alu-alukan pelaburan, perdagangan industri tenaga – Rafizi
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit, prestasi Wall Street turut mengukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.