Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang umum peruntukan RM50,000 untuk Persatuan Klan Chen
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang umum peruntukan RM50,000 untuk Persatuan Klan Chen

Utusan Sarawak 2 days ago
KEK ULANG TAHUN…..Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii memotong kek ulang tahun ke-30 penubuhan Persatuan Klan Chen Sarikei, malam tadi. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah merasmikan majlis sambutan ulang tahun penubuhan Persatuan Klan Chen Sarikei ke-30.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar SMK St Anthony pada malam tadi. 

Tiong Sii berkata, Persatuan Klan Chen Sarikei bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah turut aktif dalam pembangunan setempat dan berkhidmat untuk masyarakat.

UNTUK ALBUM….Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dan Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama denga ahli-ahli Persatuan Klan Chen. 
 

“Semangat perpaduan serta tolong-menolong ini adalah penting kepada keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak. 

“Selamat datang juga kepada saudara-mara daripada Persatuan Klan Chen yang datang dari seluruh Malaysia ke bandar Sarikei yang dikenali sebagai ‘Bandar Nanas’,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, sepanjang sembilan tahun lebih berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau sentiasa menjadikan khidmat kepada rakyat sebagai tanggungjawab utama. 

“Sokongan berterusan daripada rakyat berbilang kaum dan ahli Persatuan Klan Chen telah memberi kekuatan dan keyakinan kepada saya untuk memperjuangkan pembangunan di kawasan Sarikei dan Meradong,” ujarnya. 

Tambah beliau, di bawah kepimpinan bijaksana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), rakyat Sarawak dapat menikmati kestabilan politik dan ekonomi. 

“Kestabilan politik dan ekonomi ini adalah jaminan kepada kemajuan dan kemakmuran yang lebih besar untuk Sarikei dan Meradong pada masa depan,” katanya lagi. 

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Klan Chen Sarikei untuk kegunaan aktiviti tahunan mereka.

Turut hadir ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ikan kerapu bawa tuah, Apri Nawawi bawa pulang RM20,000
Next: 104 peserta tamat Program PLF, LEADS dan PLFV2.0 anjuran KEMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.