Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang tinjau isu trafik di Jalan Meruton/Merudu dan Pekan Jakar
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang tinjau isu trafik di Jalan Meruton/Merudu dan Pekan Jakar

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii mengadakan lawatan kerja ke Jalan Meruton/Merudu dan pekan Jakar. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran aliran trafik di Lebuh Raya Pan Borneo (LPB), khususnya di Jalan Meruton/Merudu dan pekan Jakar, terus menjadi keutamaan apabila Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii mengadakan lawatan kerja ke lokasi tersebut.

Katanya, lawatan bertujuan meninjau keadaan sebenar aliran trafik dan mengadakan perbincangan teknikal bersama agensi berkaitan bagi mengenal pasti langkah penyelesaian yang sesuai untuk mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat pandangan rakyat dan mendengar permintaan pengguna yang mengharapkan jalan raya lebih selamat serta aliran trafik yang lebih lancar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja bersama wakil Bahagian Perancangan Jalan, Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jurutera JKR Bahagian Sarikei, baru-baru ini.

DATO’ Sri Huang Tiong Sii bersama wakil agensi berkaitan ketika meninjau isu aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Meruton/Merudu dan pekan Jakar.

Katanya, lawatan turut menjadi platform untuk menyelaras kerjasama antara semua agensi terlibat dalam usaha mencari penyelesaian terbaik terhadap isu trafik yang dihadapi pengguna di kawasan tersebut.

“Kerjasama erat antara KKR, JKR Sarawak dan JKR Bahagian Sarikei amat penting bagi memastikan setiap cadangan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memenuhi keperluan semasa.

“Saya berharap langkah yang dirancang mampu meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan perjalanan yang lebih lancar serta selesa kepada penduduk setempat dan pengguna LPB,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus memantau perkembangan projek dan bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan setiap usaha penambahbaikan dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat di kawasan Sarikei.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Lebih 7,000 sertai Larian Santai, Jalan Santai meriahkan penutup SKS Sibu
Next: Pengakap Berasaskan Komuniti pacu pembangunan belia di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.