Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas terlantar
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas terlantar

Utusan Sarawak 5 months ago
TERIMA KASIH… Chee Ngan Wui (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

BINTANGOR: Katil pesakit boleh laras telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada dua orang wanita warga emas yang terlantar sakit di rumah.

Menurut jurucakapnya, setelah menerima maklumat berkenaan keadaan kedua-dua pesakit warga emas tersebut, Tiong Sii segera menyumbangkan bantuan.

“Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyumbangkan katil pesakit boleh laras kepada Chee Ngan Wui, berumur 93 tahun dari Sungai Baron.

“Selain itu, turut menerima sumbangan tersebut ialah Tham Chui Mei, berumur 69 tahun dari Sungai Kedup,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sumbangan katil pesakit boleh laras dihantar oleh wakil Tiong Sii, semalam.

“Sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban kepada ahli keluarga pesakit dan membantu pesakit untuk berehat di rumah dengan lebih selesa.

“Ahli keluarga pesakit turut berterima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kerana menyumbangkan katil pesakit boleh laras tersebut,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Hospital Pakar Major Limbang dijangka siap dalam tempoh lima tahun  
Next: Hospital Sibu digesa pertimbang langkah inklusif pembayaran tanpa tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.