Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Huang sumbang 1,677 beg sekolah kepada pelajar
  • PENDIDIKAN

Huang sumbang 1,677 beg sekolah kepada pelajar

Utusan Sarawak 22 hours ago

UNTUK ALBUM…Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penerima sumbangan beg sekolah.

SARIKEI: Sebanyak 1,677 beg sekolah telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada pelajar dan murid di empat sekolah.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, penerima adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei, Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Anglo-Chinese, SK St Anne dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Man.

“Sumbangan tersebut diserahkan oleh Penghulu Huang Tiong Kang pada Khamis lalu selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

“Beliau sangat mementingkan bidang pendidikan dan berusaha sedaya upaya membantu kebajikan para pelajar dan murid di Repok dan Meradong,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sumbangan beg sekolah tersebut bertujuan membantu pelajar dan murid bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi untuk ke sekolah.

“Setiap tahun, beliau menyumbangkan bantuan seperti pakaian seragam sekolah, beg dan kasut sekolah kepada para pelajar dan murid di kawasannya.

“Menerusi sumbangan ini, ia membantu meringankan beban kewangan keluarga yang mungkin menghadapi kesukaran menyediakan pakaian seragam anak-anak mereka setiap tahun.

“Ia juga adalah bertujuan menyokong pembangunan pendidikan dikawasannya dalam menjaga kebajikan penduduk setempat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: TEGAS komited perkasa inovasi digital, keusahawanan
Next: Borneo Education Expo 2025 serlah peranan pendidikan sebagai ‘vaksin sosial’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.