Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang salur bantuan katil untuk warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang salur bantuan katil untuk warga emas

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRIHATIN… Kapitan Ling Dien Yong (kanan) membantu mengangkat Ambam Linggi ke katil pesakit boleh laras. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Seorang warga emas wanita dari Rumah Garai menerima sebuah katil pesakit boleh laras hasil inisiatif kebajikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok, berkata penyerahan tersebut dilaksanakan melalui pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai Kapitan Ling Dien Yong.

“Penerima bantuan ialah Amban Linggi yang berumur 89 tahun dari Rumah Garai.

“Bantuan ini diberikan bagi memastikan pesakit terlantar menerima kemudahan penjagaan yang lebih selesa.

“Keutamaan Dato’ Sri Huang Tiong Sii adalah membantu golongan kurang berkemampuan dan warga emas yang memerlukan sokongan tambahan bagi urusan rawatan harian,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, bantuan ini turut memfokuskan aspek kebajikan pesakit yang memerlukan alatan kesihatan khas di kediaman masing-masing, khususnya di kawasan luar bandar.

“Sebagai wakil rakyat yang prihatin dengan rakyat di Parlimen Sarikei dan DUN Repok, beliau sentiasa memastikan bantuan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa agar rakyat tidak terpinggir.

“Beliau amat berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban keluarga serta membantu meningkatkan keselesaan pesakit sepanjang rawatan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTL: BBP Sarikei pantau paras air di Jalan Gaharu
Next: Empat batang paip HDPE dicuri di kawasan Bekenu–Tiris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.