Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang hulur bantuan kepada Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang hulur bantuan kepada Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua

Utusan Sarawak 11 hours ago
TERIMA KASIH…..Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan geran MRP kepada Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua, Su Song Chuong.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyalurkan peruntukan dan bantuan persekolahan kepada Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua.

Bantuan itu disampaikan semasa kunjungan hormat oleh Lembaga Pengurus Sekolah berkenaan yang bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta membincangkan pelbagai keperluan pendidikan demi manfaat pelajar dan warga sekolah.

Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua, Su Song Chuong bersama ahli jawatankuasanya, sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan wakil rakyat kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok.

Dalam pertemuan itu, Tiong Sii juga telah menyerahkan peruntukan melalui geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tujuan pengurusan sekolah dan pengoperasian sekolah. 

“Pendidikan adalah teras pembangunan masyarakat. Sokongan kepada sekolah bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi juga dalam membantu anak-anak kita mendapat peluang belajar dengan lebih selesa,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini. 

Dato’ Sri Huang Tiong Sii, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, turut menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan pelajar dan murid di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok dengan menyumbangkan pakaian, kasut dan beg sekolah.

“Setiap murid dan pelajar berhak mendapat akses pendidikan yang baik, tanpa halangan akibat latar belakang ekonomi atau lokasi sekolah.

“Sumbangan ini adalah dorongan untuk mereka terus hadir ke sekolah dengan keyakinan dan motivasi tinggi. 

“Kita mahu lihat mereka berjaya bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga sebagai insan berakhlak,” katanya. 

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha penambahbaikan sekolah dari segi infrastruktur dan kemudahan asas agar pendidikan yang ditawarkan kekal relevan dan berkualiti.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi ramah mesra dan perbincangan lanjut mengenai perancangan jangka panjang sekolah demi kepentingan pendidikan generasi masa depan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan wanita alami kekejangan di Taman Negara Lambir
Next: BBP Bintangor berjaya kumpul 14 pain darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.