Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang hargai komitmen Premier Sarawak majukan Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang hargai komitmen Premier Sarawak majukan Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii pada Upacara Menaikkan Bendera Parti SUPP sempena Sambutan Ulang Tahun ke-66 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei, yang berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.45 Repok, malam tadi.

SARIKEI: Pembinaan jalan dari Sarikei ke Tanjung Manis serta Jambatan Batang Rajang telah memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi di kawasan Sarikei dan Meradong, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke daerah ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata infrastruktur yang telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Mei lalu itu telah merancakkan pembangunan menyeluruh di kawasan setempat.

“Prasarana ini merupakan hasil kepimpinan inklusif Premier Sarawak yang sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar agar seiring dengan kemajuan kawasan bandar,” katanya.

Huang, pada masa sama, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Premier Sarawak atas komitmen beliau dalam memajukan kawasan Sarikei.

Huang berkata demikian ketika berucap pada Upacara Menaikkan Bendera Parti SUPP sempena Sambutan Ulang Tahun ke-66 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei, yang berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.45 Repok, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti atas sokongan dan kepercayaan berterusan sejak beliau mula berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Majlis dimulakan dengan kehadiran ahli-ahli parti serta ketibaan Huang, diikuti nyanyian lagu parti dan upacara menaikkan bendera SUPP.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh Huang, pemotongan kek ulang tahun sempena sambutan 66 tahun penubuhan parti, dan diakhiri dengan laungan semangat “Sa’ati” sebanyak tiga kali dalam suasana penuh bersemangat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 21 ekor lembu bakal ditumbangkan di DUN Lingga
Next: 66 tahun SUPP Bintangor, perpaduan akar umbi terus kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.