KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) melancarkan Samariang Aman 3 di Petra Jaya dengan memperluaskan estet perumahannya yang terbesar dengan lebih banyak rumah mampu milik (RMM).
HSL menerima lebih 60 tempahan dalam masa seminggu selepas promo ‘early bird’ pada awal bulan ini, seterusnya mengatasi jangkaan dan sentimen pasaran semasa.
Fasa pelancaran bagi Samariang Aman 3 merangkumi 126 unit bagi semua jenis pilihan, teres dan berkembar, setingkat dan dua tingkat.
“Semua teres setingkat sudah ditempah. Kami sangat teruja. Ia telah mengukuhkan semula kepercayaan kami kepada usaha membina rumah bertanah mampu milik,” kata Pengurus Besar Hartanah Tay Chiok Kee.
Jualan awal yang laris boleh dikaitkan dengan harga pengenalan yang rendah iaitu RM275,000, penjenamaan Samariang Aman 1 dan 2 yang bertenaga, dan tawaran rumah bertanah baharu oleh HSL pada waktu kebanyakan pelancaran adalah bagi pangsapuri.
Dengan Samariang Aman 3, HSL telah memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas.
“Rumah bertanah masih yang paling dicari-cari. Rumah dalam pelancaran baharu adalah lebih besar daripada kebiasaan dan harga adalah selari dengan kemampuan,” tambah Tay.
Pemaju turut mereka-bentuk sebuah taman pusat yang besar dengan laluan larian sebagai ciri teras pelan induk. Taman pusat yang kini pada fasa awal itu seluas 6.6 ekar – saiz sebesar lima buah padang bola sepak yang digabung.
“Tiga perkara ini – rumah bertanah, harga rendah dan ruang lapang yang luas – merupakan penentu penting bagi pembeli rumah. Perkara-perkara asas inilah yang menjadikan Samariang Aman 1 dan 2 popular. Dalam pelan induk yang baharu ini, kami memastikan perkara-perkara asas dimaksimumkan,” kata Tay.
“Tiada yang lebih hebat daripada memandu ke rumah anda, melihat keluarga anda dan mempunyai ruang lapang untuk bermain di belakang rumah. Memiliki rumah bertanah adalah impian semua orang. Sebagai pembina, kami teruja untuk memenuhi impian ini bagi pasaran yang luas.”
Pada 2011, Samariang Aman merupakan pemenang Anugerah Kecemerlangan SHEDA dalam kategori ‘Masterplanning’ (Perancangan Induk). Sejak ia dirancang lagi, Samariang Aman direka-bentuk untukkeseimbangan di antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia terletak tidak jauh dari sekolah, pasar raya, pejabat kerajaan dan bersebelahan dengan sebuah taman negara.
Rumah-rumahnya direka-bentuk untuk menerima sinaran matahari dan pengudaraan semula jadi yang baik. Dapurnya amat besar, manakala semua jenis unit mempunyai bilik yang mesra warga emas di tingkat bawah.
Julat keluasan rumah adalah daripada 861 kaki persegi sehingga 1,882 kaki persegi. Unit berkembar mempunyai saiz tanah sehingga 14,70 poin.
Pelan induk dan reka bentuk Samariang Aman 3 telah dirangka oleh dua buah syarikat, Jurubina Unireka dan PDC Group.
Bagi mempromosikan Samariang Aman 3, HSL bekerja sama dengan Ngek Tsai untuk kandungan video. Pemaju juga melancarkan peraduan mewarna. Lukisan garisan telah dikirim kepada para penduduk di Samariang Aman 1 dan 2 tetapi dapat juga dimuat turun dalam talian dari laman media sosial (@hslcn) dan laman sesawang (hsl.com.my).
“Warnakan lukisan garisan, muat naik ke media sosial anda dan hashtag #SamariangAman3. Hadiah wang tunai bulanan adalah sebanyak RM500. Tiada had penyertaan. Kami ingin melihat semua lukisan anda yang berwarna-warni,” kata Tay.
Untuk maklumat lanjut, sila layari hsl.com.my atau hubungi 013 836 5566.